Monday, January 11, 2010
permulaan blogku.
Nama di beri Liyana Batrisyia bt Ismail. 04 September 1996;] memulakan sesi persekolahan pada tahun 2000 dan tamat pada 2002. Pada masa itu, aku bersekolah di Tadika Petronas Miri. Banyak kenangan manis yang telah aku lalui bersama guru dan teman ku di sekolah itu. Ingin ku temui dan peluk mereka. Rindu zahir dan batin ini amat membara dalam hati ku. Setelah tamat ny 2002, mulalah zaman persekolahan ku di SK Anchi pada 2003. Di situ, aku mula mengerti persahabatan sebenar, pembelajaran, dan diriku sendiri. Tamat pembelajaran aku di sana ialah tahun 2008. Dimana aku telah menitis kan airmata ku kerana mendapat keputusan 4A 1B. Sungguh ku tidak menyangka akan keputusan ini. Tapi ini kenyataan. Bukan khayalan. Pada masa itu, aku amat bersyukur kepada Tuhan dan Aku gembira kerana orang tua ku dan ahli keluarga ku yang lain bangga dengan keputusan itu. Selepas ini, aku akan berazam untuk jadi yang terbaik dari yang terbaik. Aku tidak mahu lagi membuat orang tua ku hampa. Akan ku hapuskan airmata mereka buat selama-lama nya. Aku ingin mereka tersenyum lebar dan ketawa bersama lagi. ;] I love u mom, dad. I love you;* Genap 2009, aku bersekolah di SMK Dato Permaisuri dan SM Sains Miri. SM Sains Miri? Bapa ku telah menaruh harapan yang besar kepada ku untuk menuntut ilmu di sana. Tapi, aku telah merosakkan impian nya. Aku berpindah balik ke SMK Dato Permaisuri. Semua orang tidak tahu apa alasan sebenar aku berpindah di sana. Akan ku tutup rahasia ku buat selama-lamanya. Aku tidak mahu orang tahu. Pada tahun 2009 ini, banyak pengalaman sedih duka gembira bersama yang aku tanggung. Life must go on. Aku terus berjuang dalam hidup ini. Walaupun keputusan pembelajaran ku pada masa itu agak merosot, namun pada tahun 2010 ini lah aku akan berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Memang orang tidak nampak azam ku dan niat ku itu. Tapi hati mahu tahu kan? Hahaa. Aku berazam untuk menjadi seorang yang berguna dalam hidup dan dapat mencapai sesuatu yang diharapkan;] Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bulan baru kh? *Septembet
ReplyDeleteclaka. haha
ReplyDelete