Monday, January 11, 2010
10.01.2010
Hari yang amat membuat aku terpaku, terdiam dan menangis membuang airmata yang telah di tampung selama ini. Biarpun airmata ini selalu ku tahan untuk menutupi rasa kesayuan ku melihat dirimu, akhirnya ianya jatuh dan aku telah tewas untuk menahan nya. Tuhan, sudah berat dugaan yang telah kau berikan kepada kami.. Apalagi dugaan yang kau akan berikan selepas ini? Sungguh aku memang tidak sanggup lagi menahan segala cabaran dan lumrah hidup ini. Aku pasrah. Tapi apakan daya.. Ini sudah takdir. Aku terpaksa redha. Dengan pemergianmu untuk memulihkan dirimu nanti akan hilanglah seorang anggota askar di dalam benteng kita. Aku sentiasa mendoakan mu. Ku harap suatu cahaya dan perubahan dirimu akan membuat keluarga kita tersenyum lebar dan ingatlah bahawa pintu rumah mu ini sentiasa terbuka menunggu kepulanganmu.. Walaupun kita saling jauh dimata namun masih ada rasa sayang di benak dan lubuk hati kami yang mendalam.. Abangku, berubahlah.. Aku pasti kau dapat melakukan nya dan aku hargai itu. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment