Sunday, January 24, 2010
cinta?
love? hm.. aku pernah suka an seorang tok. entah pahal aku boleh suka dengan nya sampe nektok.. dr last year tauk sik? start bln 1 mcm ya lah.. mok dekat setahun aku memendam perasaan ya. tapi aku bertepuk sebelah tangan and nya sik berbunyi. walaupun dah banyak orang nok aku kenal, nok aku syg lmk tok, aku frust oleh org ya, tp org ya sikkan dapat tempat kw dalam hati aku bah.. aku sik tauk apa special gilak kw ya. pahal aku leh sayang dengan kw? kw sik sayang aku bah.. dolok aku nangis sebab kw. ku habiskan semua airmata ku sebab kw.. kw nang sik tauk. kw sik tauk perasaan aku. memang dolok aku ada padah. tp nektok? ko maseh ingat ka kata kata aku ya? ku syg kw bah. walaupun ku sik dpt grk dgn kw, tp ku akan try setia menyayangi kw. aku syg kw! :) ily babe.
Thursday, January 14, 2010
kawan?
Berbicara tentang kawan aku teringat pada diriku sendiri. Apa perlu nya kawan dalam dunia ini? Adakah kawan terlalu penting untuk seseorang itu? Banyak ragam kawan yang aku temui di dalam dunia ku ini. Ada yang kawan makan kawan, ada yang pentingkan diri sendiri, ada yang berkawan sekadar untuk angkat nama dan ada yang berkawan kerana status yang dalam arti nya beharta atau tidak. Paham bukan? Perlukah kita hargai kawan yang sebegitunya terhadap kita? Aku keliru. Pernah juga aku merasa diriku seperti makhluk yang aneh dan dipulaukan. Seperti tiada satu pun manusia yang mahu berkawan dengan diriku. Berbicara tentang sahabat sejati pula, aku pernah merasa yang mereka tidak memperdulikan aku dan mereka hanya pentingkan diri mereka. Di kala mereka mempunyai cerita yang untuk di kongsi bersama ataupun meminta pertolongan dari ku, baru lah mereka terfikir dan ingat ada nya aku di dalam dunia mereka. Dikala mereka senang adakah aku ini berada dalam ingatan mereka? Aku merasa sedih. Aku merasa diriku di sisihkan. Aku juga berfikir, perlukah aku menganggap hubungan persahabatan ini lagi?
Tuesday, January 12, 2010
aku kalah dengan airmata.
Setelah ku baca nota itu, baru ku paham kenapa kau memilih jalan itu. Dan airmata ku menang setelah dapat menewaskan aku lagi. Aku tidak mampu berkata kata lagi. Aku hanya diam, biarkan airmata ku bersorak gembira akan kemenangan nya di pipi ku. Ku pedulikan nya. Aku hanya ingin kau tahu yg aku amat merindui kamu dan berharap agar kau cepat pulang. Amin;] Pintu rumahmu ini sentiasa terbuka menunggu kepulanganmu dan kami nantikan itu.
Monday, January 11, 2010
10.01.2010
Hari yang amat membuat aku terpaku, terdiam dan menangis membuang airmata yang telah di tampung selama ini. Biarpun airmata ini selalu ku tahan untuk menutupi rasa kesayuan ku melihat dirimu, akhirnya ianya jatuh dan aku telah tewas untuk menahan nya. Tuhan, sudah berat dugaan yang telah kau berikan kepada kami.. Apalagi dugaan yang kau akan berikan selepas ini? Sungguh aku memang tidak sanggup lagi menahan segala cabaran dan lumrah hidup ini. Aku pasrah. Tapi apakan daya.. Ini sudah takdir. Aku terpaksa redha. Dengan pemergianmu untuk memulihkan dirimu nanti akan hilanglah seorang anggota askar di dalam benteng kita. Aku sentiasa mendoakan mu. Ku harap suatu cahaya dan perubahan dirimu akan membuat keluarga kita tersenyum lebar dan ingatlah bahawa pintu rumah mu ini sentiasa terbuka menunggu kepulanganmu.. Walaupun kita saling jauh dimata namun masih ada rasa sayang di benak dan lubuk hati kami yang mendalam.. Abangku, berubahlah.. Aku pasti kau dapat melakukan nya dan aku hargai itu. :)
permulaan blogku.
Nama di beri Liyana Batrisyia bt Ismail. 04 September 1996;] memulakan sesi persekolahan pada tahun 2000 dan tamat pada 2002. Pada masa itu, aku bersekolah di Tadika Petronas Miri. Banyak kenangan manis yang telah aku lalui bersama guru dan teman ku di sekolah itu. Ingin ku temui dan peluk mereka. Rindu zahir dan batin ini amat membara dalam hati ku. Setelah tamat ny 2002, mulalah zaman persekolahan ku di SK Anchi pada 2003. Di situ, aku mula mengerti persahabatan sebenar, pembelajaran, dan diriku sendiri. Tamat pembelajaran aku di sana ialah tahun 2008. Dimana aku telah menitis kan airmata ku kerana mendapat keputusan 4A 1B. Sungguh ku tidak menyangka akan keputusan ini. Tapi ini kenyataan. Bukan khayalan. Pada masa itu, aku amat bersyukur kepada Tuhan dan Aku gembira kerana orang tua ku dan ahli keluarga ku yang lain bangga dengan keputusan itu. Selepas ini, aku akan berazam untuk jadi yang terbaik dari yang terbaik. Aku tidak mahu lagi membuat orang tua ku hampa. Akan ku hapuskan airmata mereka buat selama-lama nya. Aku ingin mereka tersenyum lebar dan ketawa bersama lagi. ;] I love u mom, dad. I love you;* Genap 2009, aku bersekolah di SMK Dato Permaisuri dan SM Sains Miri. SM Sains Miri? Bapa ku telah menaruh harapan yang besar kepada ku untuk menuntut ilmu di sana. Tapi, aku telah merosakkan impian nya. Aku berpindah balik ke SMK Dato Permaisuri. Semua orang tidak tahu apa alasan sebenar aku berpindah di sana. Akan ku tutup rahasia ku buat selama-lamanya. Aku tidak mahu orang tahu. Pada tahun 2009 ini, banyak pengalaman sedih duka gembira bersama yang aku tanggung. Life must go on. Aku terus berjuang dalam hidup ini. Walaupun keputusan pembelajaran ku pada masa itu agak merosot, namun pada tahun 2010 ini lah aku akan berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Memang orang tidak nampak azam ku dan niat ku itu. Tapi hati mahu tahu kan? Hahaa. Aku berazam untuk menjadi seorang yang berguna dalam hidup dan dapat mencapai sesuatu yang diharapkan;] Amin.
Subscribe to:
Comments (Atom)